Assalamulaikum dan salam ukhwah,
Kedatangan bulan Ramadhan semakin dinanti, tetapi sudahkah kita bersedia menyambut bulan Ramadhan?..sebelum itu, jangan kita lupa bahawa bulan sya'ban jugak banyak manfaatnya dalam beramal ibadah, contoh yang paling popular ialah Berpuasa. Mari kita baca kelebihan berpuasa di bulan sya'aban.
Panas terik si matahari,
asyik menanti turunnya hujan,
bulan ramadhan semakin menghampiri,
berseri ibadah dengan amalan.
Kedatangan bulan Ramadhan semakin dinanti, tetapi sudahkah kita bersedia menyambut bulan Ramadhan?..sebelum itu, jangan kita lupa bahawa bulan sya'ban jugak banyak manfaatnya dalam beramal ibadah, contoh yang paling popular ialah Berpuasa. Mari kita baca kelebihan berpuasa di bulan sya'aban.
1) Fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan Sya'ban
Fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan sya'ban adalah terlalu besar. Rasulullah s.a.w. telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut. Sayidatina Aisyah r.a. meriwayatkan: " Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka ; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam bulan sya'ban."
(Hadis riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)
Sebuah hadis lagi Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan sya'ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya (mati) di sepanjang tahun itu. Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan sya'ban (di mana baginda sedang berpuasa).
- Puasa hari isnin
Sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a, bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari isnin yang terakhir dalam bulan sya'ban akan di ampunkan dosanya.
- Puasa hari khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan sya'ban dan khamis terakhir bulan sya'ban akan dimasukkan ke dalam syurga.
- Puasa sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan syaaban , akan di haramkan tubuhnya daripada api neraka dan masuk syurga.
- Puasa 3 hari
Mereka yang berpuasa sunat 3 hari dalam bulan syaaban dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
- Puasa sebulan bulan sya'ban
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan di wajibkan baginya syurga.
Tumbuh melata si daun pegaga,
Hidup subur di jaga rapi,
amal ibadah berimbal syurga,
Ikhlas menyahut seruan Illahi.